Kekurangan Sumber

Kekurangan Sumber Galian
Semakin kurang dan akan habis jika digunakan secara berterusan, contoh bijih timah.

FAKTOR MENYEBABKAN BERLAKU KEKURANGAN BEKALAN SUMBER GALIAN
• Harga pasaran meningkat
• Meningkatkan hasil penerokaan
• Permintaan tinggi
• Perkembangan teknologi
• Penerokaan yang tidak terkawal

FAEDAH
• Teknologi meningkat
• Pendapatan negara bertambah
• Taraf hidup rakyat ditingkatankan
• Penambahan peluang pekerjaan

KEBURUKAN
• Semakin kekurangan
• Generasi akan datang tidak dapat menimati faedah
• Pencemaran tanah, air dan udara
• Menjejaskan ekosistem

TINDAKAN
Individu
- kesedaran atas sikap jimat-cermat

Masyarakat
- kajian geoteknik

Kerajaan
- Malaysia bekerjasama dengan ITRI (Penyelidikan Bijih Timah Antarabangsa) dan SEATRAD (Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Asia Tenggara) untuk memperbaiki dan memperluas kegunaan bijih timah .

Kekurangan Sumber Bahan api
Sumber bahan api seperti gas asli, minyak dan arang batu semakin berkurangan disebabkan permintan yang semakin meningkat. Disebabkan sumber api semakin berkurangan, semakin banyak alternative sumber yang boleh diperbaharui dikaji dan dihasilkan untuk menggantikan sumber bahan api semula jadi yang semakin berkurangan. Contohnya tebu boleh diproseskan sebagai bahan api kenderaan.

FAKTOR KEKURANGAN BEKALAN SUMBER BAHAN API
Penambahan penggunaan kenderaan secara tidak lansungnya telah menambahgunakan sumber bahan api kerana kenderaan memerlukan bahan api fosil ( petrol dan diesel) untuk berfungsi. Bahan api fosil ini dihasilkan daripada sumber bahan

Sumber bahan api juga digunakan untuk menjana elektrik di Malaysia. penjanaan elektrik di Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil di mana ia merangkumi 85 peratus daripada jumlah elektrik yang dijana dalam negara. Hanya 1 peratus sahaja menggunakan sumber yang boleh diperbaharui.

Kesesakan lalu lintas juga menyebabkan penggunaan petrol yang banyak dan secara tidak langsungnya telah menambahgunanya bahan api fosil.

FAEDAH
Mengambarkan pembangunan negara dan masyarakat.

KEBURUKAN
Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkan alternatif sumber bahan api yang berkesan dan berguna.
Generasi yang akan datang mungkin tidak dapat menikmati sumber bahan api semula jadi.

TINDAKAN
Indivdu
- berjimat cermat dalam penggunaan sumber.

Masyarakat-
mengamalkan amalan berongsi kereta dan menggunakan pengangkutan awam sperti ystem transit ringan(LRT), bas dan keretapi.  Mengubah tabiat dan cara hidup seiring dangan usaha kerajaan untuk menggurangkan masalah ini.

Kerajaan
- member intensif cukai kepada mereka yang membeli peralatan yang jimat tenaga seperti panel solar .  Berusaha untuk menghasilan sumber-sumber yang boleh diperbaharui untuk menggantikan sumber yang tidak dapat diperbaharui seperti hidro,ombak, angina dan bahan api bio.

Kekurangan Sumber Air
Sumber air yang bersih semakin kurang.


FAKTOR KEKURANGAN BEKALAN SUMBER AIR
• Pencemaran sumber air.
• Tindakan manusia yang membazir.
• Perkembangan aktiviti pembangunan dan perindustrian.
• Populasi semakin meningkat


FAEDAH
• Teknologi meningkat
• Pendapatan negara bertambah
• Taraf hidup rakyat ditingkatankan
• Penambahan peluang pekerjaan


KEBURUKAN
• Semakin kekurangan
• Generasi akan datang tidak dapat menikmati faedah
• Kekurangan sumber minuman
• Menjejaskan ekosistem


TINDAKAN
Individu
- kesedaran atas sikap jimat-cermat


Masyarakat
 - lawatan dan tinjauan ke kilang-kilang untuk mengawal pembuangan sisa buangan ke dalam sungai


kerajaan
- membina empangan
- saluran paip dibina supaya tidak bocor
- pengawalan bekalan air bersih oleh Jabatan Bekalan Air
- mengkaji kualiti 86 batang sungai
- pengurusan sumber air di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974