PENGENALAN
Proses degradasi lahan yang dipuncaki dengan penggurunan melanda sebahagian besar negara berkembang dan negara miskin. Laporan menunjukkan negara kaya dan negara miskin belum segera mencari cara paling efektif untuk menghentikan proses penggurunan, yang akan memusnahkan manusia dan planet Bumi tersebut.
Degradasi di tanah gersang, semi-gersang dan kawasan kering sub-lembap hasilan dari pelbagai faktor termasuk variasi klimaks dan aktiviti manussia. Penggurunan moden selalunya adalah pertambahan permintaan populasi dalam penanaman tumbuhan dan penternakan haiwan.
PUNCA-PUNCA PENINGKATAN GURUN
Pertambahan populasi sejagat yang terlalu pesat seterusnya telah membawa kepada pengeksploitasian alam yang berikut:
1. Penebangan hutan untuk pembinaan rumah dan perindustrian
2. Pengeksploitasian sistem saliran air semulajadi seperti air bawah tanah untuk kegunaan domestik dan perindustrian
3. Banyak tanah diteroka atau dibakar untuk dijadikan lebih banyak tempat pertanian dan penternakan
•Kemarau
Ini adalah satu konsepsi yang salah bahawa kemarau menyebabkan penggurunan. Kemarau adalah perkara lazim di kawasan gersang dan semi gersang. Tanah yang diuruskan dengan baik akan dapat dipulihkan sebaik sahaja hujan turun. Penyalahgunaan tanah yang berterusan semasa kemarau akan menambahkan penggurunan tanah. Penambahan populasi dan ternakan menekan pada tanah yang tidak digunakan akan mempercepatkan penggurunan. Di sesetengah tempat, nomad bergerak ke tempat yang kurang gersang mengganggu ekosistem tempatan dan menambah kadar hakisan tanah. Nomad melarikan diri dari gurun tetapi kerana pengunaan tanahnya, mereka membawa gurun kepada diri mereka.
•Tekanan populasi
Pertambahan populasi akan menyebabkan penyesakan di satu kawasan. Kawasan baru akan diteroka. Apabila kawasan baru diteroka, banyak tumbuhan akan dtebang dan permukaan tanah akan terdedah kepada angin dan batuan akan mudah terluluhawa kerana perbezaan suhu semakin tinggi kerana tumbuhan telah ditebang
•Penternakan yang melampau
Mempunyai haiwan ternakan yang terlalu banyak memerlukan padang ragut yang sangat luas. Sekiranya suatu kawasan padang ragut telah habis rumput pada satu masa seperti yang berlaku di New Zealand, ini akan membolehkan penggurunan berlaku.
•Penyahhutanan.
Kawasan tanah akan terdedah kepada luluhawa kimia dan fizikal. Ini akan membawa kepada penggurunnan jika kawasan tersebut mendapat julat hujan tahunan yang rendah.
KESAN-KESAN PENINGKATAN GURUN
Mengurangkan kepelbagaian spesis organisma (biodiversiti)
Semakin banyak flora dan fauna pupus dan banyak lagi yang berada pada pinggir kepupusan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENINGKATAN GURUN
1. Menanam pokok dan rumput untuk melindungi tanah daripada terus terhakis.
2. Merancang sistem pembekalan air untuk penggunaan domestik dan perindustrian supaya sistem saliran air tidak terjejas.
3. Penyemburan petroleum untuk melindungi biji benih tumbuhan daripada kekeringan dan ditiup.