Hakisan Tanah

PENGENALAN
Hakisan ialah proses pemecahan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak.

Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan sahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian.

Hakisan tanah merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Hakisan tanah juga merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun dan aliran sampah cetek.

BENTUK HAKISAN TANAH
1. Hakian Serata
2. Hakisan Alur
3. Hakisan Gaung
4. Hakisan Tebing Sungai
5. Tanah Runtuh

CARA-CARA HAKISAN
a) Tindakan Hidraul
-Melibatkan penyerbuan dan hempasan yang mengalir ke dalam struktur batuan yang lemah seperti rekahan, retakan dan lubang ditebing dan dasar sungai. Hakisan ini amat berkesan apabila halaju air adalah tinggi.Mencungkil keluar butiran batuan daripada struktur batuan yang lemah.lemah. Aliran air yang deras akan menghasilkan kuasa yang kuat untuk melakukan hakisan ini.melakukan hakisan ini. Hakisan ini giat berlaku di kawasan hulu di bahagian air terjun,jeram, lubang periuk.
-Melibatkan kegiatan geselan antara muatan sungai dan air sungai terhadap tebing dan dasar sungai.sungai.

b) Proses Lelasan/Liliran
Proses lelasan dapat melicinkan permukaan batuan yang berbucu tajam kepada yang lebih bulat.bulat. Bekalan muatan bergantung kepada keberkesanan proses-proses luluhawa dan pergerakan jisim di sepanjang lurah sungai. Lelasan boleh mendalam dan melebarkan alur sungai.

c) Proses Lagaan
Merujuk kepada pergeselan antara batuan atau muatan sungai itu sendiri apabila berlaga sesama sendiri semasa pengalirannya.semasa pengalirannya. Ketulan batuan besar boleh mengalami penghausanl sehingga menjadi kumin- kumin batuan yang kecil apabila mengalami proses lagaan.

d) Proses Larutan
Air sungai bertindak balas secara kimia terhadap batuan.terhadap batuan. Amat berkesan di lurah sungai yang terdapat di kawasan batuan lemah seperti batu kapur, dolomit atau batuan mudah lerut kapur, dolomit atau batuan mudah lerut seperti yang berunsur kalsium, seperti yang berunsur kalsium, natrium’sulfat atau klorida.

FAKTOR-FAKTOR HAKISAN TANAH
1)Hakisan geologi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan agen-agen
yang menyebabkannya iaitu:

A ) hakisan oleh air
Hakisan oleh air boleh terbahagi kepada 4 kategori iaitu percikan, galur atau lurah kecil , gerakan jisim dan hakisan sungai. Hakisan air bermula dengan titisan hujan yang terdedah ke tanah dalam jangka masa yang panjang akan mencungkilkan tanih, merosakkan penggranulan dan percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan bagi setengah-setengah keadaan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah begitu kuat sekali sehingga granul-granul tanih yang terkenal bukan sahaja tercungkil tetapi juga mungkin terpecah-pecah. Di bawah pukulan titisan hujan, tanih akan terdedah dan mungkin lenyap.

Hakisan galur pula adalah secara meluas. Misalnya permukaan yang dikatakan licin itu terdapatnya lekukan-lekukan kecil di mana air boleh berkumpul. Menurut kajian, sebahagian besar daripada mendak yang tersingkir dari cerun bukit adalah akibat hakisan galur. Oleh itu, sebahagian dari bahan-bahan ini diperolehi dari kawasan antara galur yang dihanyutkan ke dalam galur oleh aliran dataran dan percikan hujan.

Hakisan gerakan jisim bergantung sebahagian besarnya kepada pembasahan jisim yang bergerak iaitu pengaliran campuran batu dan tanah bersama air hujan. Apabila bahan-bahan yang mengalir itu sudah banyak bercampur dengan air, maka mulalah ia mengalir sebagai jisim yang likat.

B ) hakisan oleh angin
Hakisan jenis ini ialah semua jenis tanih dan serpihan-serpihan batu ditiup oleh angin ke tempat lain. Di kawasan lembap, hakisan angin selalu diketepikan kerana kesannya jarang sekali teruk berbanding dengan kesan hakisan air. Bahan tanih yang subur di permukaan ditiup angin sehingga berpuluh-puluh kilometer ke atas.

C ) hakisan oleh salji dan glasier
Hakisan glasier terhad kepada gunung-gunung tinggi seperti ALP dan ROCKY dan sedikit sebanyak di kawasan garisan lintang tinggi. Hakisan salji adalah keadaan yang menyebabkan air yang terdapat dalam retakan di bawah glasier mengalami pembekuan dan pencairan yang membantu dalam tindakan pemecahan.

Hakisan oleh perbuatan manusia :
a) Pertanian pindah, iaitu penebangan pokok secara besar-besaran untuk membuka tanah baru bagi aktiviti penanaman. Oleh itu, kawasan tersebut terdedah kepada hakisan. Kawasan itu akan hilang perlindungan pokok . Ini akan menyebabkan air larian permukaan tidak dapat meresap ke dalam tanah akibat tidak mempunyai akar tumbuhan yang menyerap air dan juga tidak mempunyai akar tumbuhan untuk mencekam tanah. Ini akan membawa kepada wujudnya hakisan galur-galir .

b) Perumahan, penebangan dan pembakaran hutan untuk membuka tanah baru secara tidak terkawal bagi menjadi tapak pembinaan. Tanah secara lansung mendedahkan kepada hakisan. Apabila hari hujan, tanah dan batu di tapak pembinaan akan mengalir bersama air hujan ke dalam sungai yang berhampiran. Ini menyebabkan air sungai menjadi keruh dan kotor.

c) Pembalakan, penebangan pokok untuk memenuhi keperluan sekunder telah mendorong kepada pembukaan tanah secara meluas. Kehilangan hutan menyebabkan berlakunya kehilangan kawasan tandahan air . Apabila hujan turun dengan lebatnya, permukaan tanah yang terdedah akan tercungkil dan menyebabkan hakisan tanah berlaku.

d) Perlombongan , aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang. Akibat daripada aktiviti perlombongan ini telah menyebabkan tumbuh- tumbuhan musnah dan secara tidak lansung telah membawa kepada kerosakkan ekosistem.

KESAN-KESAN HAKISAN TANAH
a) Kesan Fizikal
(1)Tanah runtuh
(2)Populasi haiwan dan tumbuhan dalam hutan terancam
(3)Sungai menjadi cetek
(4)Populasi hidupan akuatik musnah

b) Kesan ke atas Manusia
(1)Penempatan terganggu
(2)Berlaku krisis bekalan air
(3)Kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan
(4)Aktiviti pelancongan dan rekreasi terjejas

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HAKISAN TANAH
Kerja-kerja membangunkan tanah bercerun untuk pertanian boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah mengenai pembukaan kawasan, peringkat kedua ialah mengenai pembinaan struktur pemuliharaan tanah dan yang ketiga ialah mengenai amalan agronomi yang sesuai untuk mengawal hakisan.
(i) Pembukaan Kawasan
Kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok, memotong kayu, mencabut tunggul, melonggok kayu, membakar kayu dan membersihkan kawasan. Semasa menjalankan aktiviti ini beberapa peraturan di bawah hendaklah diikuti:

Bagi kawasan yang luas, kerja pembukaan tanah hendaklah dijadualkan berperingkat-peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan.
Pembukaan tanah lebih sesuai dilakukan pada musim kering.
Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman biasa seperti sayur-sayuran, buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Sekiranya tidak perlu menebang bersih, seperti untuk sistem tanaman agro-forestry, penebangan pokok secara selektif adalah digalakkan. Pokok yang ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada hakisan.
Tunggul-tunggul kayu hanya perlu dicabut jika sistem penanaman memerlukan. Bagi tanaman jangka panjang seperti durian, getah dan kelapa sawit, tunggul-tunggul kayu tidak menghalang kerja operaso ladang dan ia dapat membantu menakan hakisan.
Pembakaran sisa kayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Sisa kayu yang dilonggok atau dibaris membantu menahan hakisan.
Pokok-pokok asal di tepi sungai hendaklah dibiarkan bagi menahan tebing daripada terhakis.

(ii) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah
Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan. Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat. Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di bawah adalah sesuai dibina dalam ladang-ladang pertanian.

Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput.
Perangkap kelodak.
Pentas untuk tapak pokok atau tanaman.
Teres-teres bagi menyekat larian air.
Empangan kecil bagi menampan had laju air parit.
Pembentungan di bawah jalan.