Penghapusan Paya

PENGHAPUSAN PAYA
PENGENALAN
Ekosistem paya bakau di Malaysia akan terus terancam dan mengalami kemusnahan oleh kegiatan manusia jika langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindunginya tidak dijalankan. Terdapat beberapa perjanjian antarabangsa yang memberikan strategi-strategi yang diperlukan dalam menjalankan pemeliharaan paya bakau. Bagi memastikan pengurusan ekosistem paya bakau di Malaysia yang berkesan maka rangka perundangan dan juga peraturan-peraturan tambahan adalah penting. Ini dapat memastikan pemeliharaan ekosistem paya bakau dan pembangunan yang lestari dapat dijalankan.

Hutan hujan tropika adalah suatu ekosistem kompleks yang menampung pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Hutan membantu dalam memelihara sumber genetik dan menyediakan habitat kepada berbagai flora dan fauna. Hutan juga memainkan peranan penting dalam pengawalan iklim, sumber air dan kestabilan alam sekitar. Ia juga merupakan rumah kepada berjuta-juta manusia, memberi perlindungan, makanan, pakaian, bahan tenaga, ubat-ubatan, bahan binaan dan berbagai-bagai sumber yang lain.

Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat genus utama tumbuhan bakau yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah Avicennia (Api-api), Rhizophora (Bakau), Sonneratia (Perepat) dan Bruguiera (Berus/Tumu).

Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar iaitu Buaya Muara. Penghuni hutan bakau yang paling biasa ditemui ialah Ketam Rebab, Ketam Lumpur, Ikan Belacak, Ular Bakau, Lotong Kelabu, Memerang Licin, Berok dan Kelawar. Banyak spesies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makanan. Siput, tiram dan teritip pula merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang boleh dijumpai di atas akar pokok bakau.

FUNGSI-FUNGSI HUTAN PAYA BAKAU
(a) Nilai Ekologi
(b) Kepentingan Fizikal
(c) Nilai ekonomi
(d) Nilai Sosio-Budaya

ANCAMAN KEMUSNAHAN
1. Tebusguna Tanah
2. Pembalakan Secara Berleluasa
3. Pencemaran
4. Penggunaan Terlebih Sumber-sumber Hutan Paya Bakau

KESAN-KESAN PENGHAPUSAN PAYA
1. Kehilangan habitat semula jadi untuk haiwan dan tumbuhan
2. Kepupusan flora dan fauna
3. Pengurangan kawasan sumber makanan
4. Menjejaskan keseimbangan ekosistem kawasan paya

PEMULIHARAAN HUTAN DI KAWASAN PAYA
1. Penanaman semula pokok bakau
2. Mempelajari tentang hutan bakau
3. Mengamalkan amalan 3R