Pemendapan Asid

PUNCA-PUNCA PEMENDAPAN ASID
1. Kegiatan Membakar:Minyak + Arang
2. Pelepasan Gas dari:Loji Tenaga, Kilang, Ekzos Kenderaan, Gunung Berapi, Kilat dan Proses Mikrobiologi.

Sejarah pengasidan bermula sejak beberapa ratus juta tahun dahulu. Ketika itu, kehidupan zaman batu dan raksasa yang mati telah bertukar menjadi bahan api seperti arang batu, minyak dan gas asli. Sejak beberapa ratus tahun yang lalu, kita telah membakar khazanah bahan organik.
Apabila kita membakar minyak dan arang contohnya loji tenaga serta pelepasan dari ekzos kenderaan, kita membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin disamping mengalami perubahan kimia untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik yang mana akan dikembalikan ke bumi sebagai pemendapan berasid.

JENIS-JENIS PEMENDAPAN ASID
1. Mendapan Basah
• Hujan Asid
• Salji Asid
• Asid(Sulfurik/Nitrit) + Wap Air = Awan

2. Mendapan Kering
• Berlaku semasa Cuaca Baik
• Gas: Sulfur Dioksida, Nitrogen Oksida,Asid Nitrik & Aerosol Asid + Zarah-zarah terampai udara
• Tersentuh & terlekat pada permukaan: Tumbuhan, tanah, bangunan dll

Pemendapan berasid boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu mendapan basah dan mendapan kering. Pemendapan basah berasid lebih dikenali dan disebut sebagai hujan asid. Walaubagaimanapun, hujan asid adalah salah satu komponen pemendapan berasid. Di negara-negara tropika, kira-kira separuh daripada jumlah asid yang termendap adalah dalam bentuk jatuhan kering.


Dalam proses pemendapan basah, asid sulfurik dan asid nitrik akan bergabung dengan wap air semasa pembentukan awan. Titisan-titisan ini akan terjatuh ke bumi dalam bentuk hujan dan salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid tinggi.
Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain semasa cuaca baik. Proses ini dikenali sebagai pemendapan kering. Disamping itu juga, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan, tumbuhan dan sebagainya lalu berlakunya pemendapan kering berasid.

KESAN-KESAN PEMENDAPAN ASID
1. Terhadap Manusia
• Menjejaskan Kesihatan:
a. Iritasi Mata / Kulit
b. Kepekatan asid yang keterlaluan di udara merosakkan sistem respiratori
c. Sebatian(alkali+asid), Ammonium Sulfat(kebakaran) di udara - Keracunan

Dalam kes ekstrem, paras asid yang tinggi dalam udara boleh menyebabkan iritasi terhadap kulit dan mata. Tindakbalas kimia berlaku di antara asid dan alkali dalam proses pembentukan sebatian, apabila terhidu, boleh menjejaskan kesihatan. Salah satu daripada sebatian ini ialah ammonium sulfat yang banyak dihasilkan semasa aktiviti pembakaran. Apabila dihidu pada kepekatan yang tinggi, sebatian ini didapati merosakkan sistem respiratori pada mereka yang sensitif. Sifat higroskopik ammonium sulfat yang menyerap air dalam keadaan lembap mengakibatkan ketampakan rendah dan keadaan berjerebu.


Masalah utama air berasid ialah ketelarutan logam, samada dari tanah atau paip air. Di Sweden, perigi yang tercemar oleh air bawah tanah berasid didapati airnya menjadi lebih korosit dan mengandungi tahap logam berbahaya yang tinggi terutamanya kuprum dan aluminium. Kesan terhadap kesihatan akibat meminum air berasid masih menjadi topik pendebatan oleh pakar-pakar. Bagaimanapun meminum air yang mengandungi kuprum, besi, zink dan kadmium terkakis pada kadar yang tinggi dari paip terbukti membahayakan kesihatan.

2. Akuatik
• Sumber air dicemari oleh bahan-bahan terhakis
• Menjejaskan keseimbangan ekosistem: Laut, Sungai, Tasik
Populasi spesis yang sensitif menurun -> pupus
kerana Ketidaktahanan terhadap kepekatan asid
• Gangguan Pembiakan

Pengasidan menjejaskan keseimbangan ekosistem dalam tasik dan sungai. Spesies akuatik, serangga, tumbuhan dan mikro-organisma yang sensitive terhadap perubahan besar tahap keasidan didapati populasinya berkurangan apabila nilai pH menurun. Akhirnya, spesies tersebut akan pupus dalam air berasid. Antara hidupan yang sensitif dan merosot dalam air berasid adalah serangga, haiwan akuatik serta plankton, manakala katak dan kodok mengalami gangguan pembiakan. Sebaliknya, lumut dan alga berkembang maju dalam air berasid.
Beberapa jenis spesies ikan yang tidak tahan kepada perubahan mendadak keasidan manakala yang lain mati disebabkan keracunan aluminium. Selepas sungai dan tasik menjadi berasid di negara-negara Scandinavia, pelbagai spesies ikan termasuk salmon Atlantic dan trout telah pupus. Kejadian yang sama juga berlaku di Amerika Utara dimana salji yang mengandungi bahan-bahan berasid mencair pada musim bunga menyebabkan peningkatan keasidan air tasik dan sungai. Pada musim luruh, ikan salmon bertelur dan meninggalkan anak-anaknya untuk membesar sehingga musim berbunga. Kebanyakan anak ikan salmon mati akibat lebihan asid daripada saiji yang mencair.

3. Tanah & Hutan
• Memusnahkan khazanah zat semulajadi tanah
• Membebaskan alumunium + logam berat ke dalam air bawah tanah mengakibatkan Kerosakan Tumbuhan.
• Kerosakkan Hutan berlaku:
Loji janakuasa -> Penggunaan arang batu -> Sulfur
Penapisan Logam -> Kuprum & Nikel -> Sulfur
Udara yang tercemar memudaratkan ketahanan tumbuh-tumbuhan terhadap iklim ketara

Peningkatan pengasidan memusnahkan khazanah zat semulajadi dalam tanah dan membebaskan aluminium serta logam berat tertentu ke dalam air bawah tanah yang mana apabila diserap oleh tumbuhan akan menyebabkan kerosakan. Di kawasan tropika, pembakaran dan aktiviti pembersihan hutan sepanjang tahun membebaskan oksida sulfur dan oksida nitrogen ke dalam atmosfera. Walaupun kesan terhadap hutan tidak begitu ketara, namun pelepasan asid didapati meningkatkan tekstur tanah.
Kajian saintifik menunjukkan bahan pencemar udara, secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kerosakan hutan serantau. Tempoh kering dan dingin memberi kesan yang lebih buruk dan impak berkekalan ke atas pokok-pokok yang telah terdedah kepada pencemaran. Tahap kerosakan hutan di Eropah sangat membimbangkan. Contohnya, penggunaan arang batu yang mengandungi sulfur yang tinggi oleh loji janakuasa dan industri Black Triangle berdekatan sempadan Jerman, Czech dan Poland telah menyebabkan kerosakan yang ketara kepada hutan mereka. Fenomena yang sama juga diperhatikan di Chonging, China.
Sulfur dioksida dilepaskan semasa proses penapisan logam seperti kuprum dan nikel, yang mana mengandungi paras sulfur yang tinggi. Pada masa dahulu, kepupusan hutan berlaku di Ashio, Jepun disebabkan oleh kepekatan sulfur dioksida yang tinggi hasil daripada penapisan kuprum. Kini boleh kita lihat kerosakan yang sama di beberapa tempat di dunia seperti kemusnahan hutan sekitar sepuluh kilometer berdekatan kilang penapisan logam Kora Peninsula, Rusia barat.

4. Bangunan & Harta Benda
Keasidan udara + hujan menghakis:
• Bangunan-bangunan moden/bersejarah
• Arca (statue)
• Tugu Peringatan (monument)
• Artifak Purba/ Peninggalan zaman tertentu
• Menjejaskan kualiti harta benda awam + peribadi:
• Komposisi kulit, fabrik, kertas = Kemerosotan Mutu Struktur Besi + Keluli di tapak industri Kenderaan

Udara kotor boleh menyebabkan kerosakan yang tidak terhingga kepada bangunan-bangunan bersejarah kita. Sekiranya tahap pencemaran ini berterusan dan tidak di bendung segera, kerosakan bangunan-bangunan bersejarah, arca, tugu peringatan dan artifak yang diperbuat daripada batu atau mamar akan berlaku dengan pantas. Sanggupkah kita melihat pertalian sejarah kita dimakan hari di depan mata kita ?
Sulfur dioksida menjejaskan komposisi kulit, fabrik dan kertas menyebabkan kemerosotan mutu. Kadar tertinggi penghakisan struktur besi dan keluli berlaku di tapak-tapak industri tercemar. Ini menyebabkan kebanyakan industri memastikan bahawa setiap kenderaan baru yang dikeluarkan akan dicat lebih daripada dua lapis bagi mengelakkan kakisan pada dinding kereta.
Pernahkah anda melihat apa yang merupai isikel pada dinding dan cucur atap dari bangunan lama ? Titisan hujan yang kotor menyusup masuk melalui pecahan dinding dan melarut kalsium di dalam konkrit sebelum meresap keluar melalui dindingnya. Ia bergabung dengan karbon dioksida dalam udara dan menghasilkan kalsium karbonat lalu membesar seperti isikel. Apabila kita memerhatikan isikel , kita boleh lihat titisan kekotoran di atas permukaannya.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PEMENDAPAN ASID
1. Secara Keseluruhan adalah melalui Pencegahan dan Kawalan:
• Peraturan (akta-akta) Undang-undang
• Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996)
• Kaedah + Teknologi Kawalan Pencemar
• Guna Petrolem (rendah Sulfur) dalam kegiatan Industri
• Guna sistem denitrifikasi dan nyahsulfur boleh kurangkan pelepasan Oksida (Sulfur + Nitrogen)
• Pasang pengubah bermangkin (ubah sifat pencemar) pada enjin kenderaan
• Perancangan Alam Sekitar

Pengawalan pelepasan yang berpunca daripada kegiatan industri biasanya dikawal dengan dua kaedah iaitu bagi aktiviti yang menggunakan petroleum, maka mereka akan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Manakala satu lagi kaedah ialah dengan menggunakan peralatan yang dapat mengurangkan kandungan pencemar udara di dalam gas yang akan dilepaskan. Penggunaan sistem denitrifikasi dan nyahsulfur ini dapat mengurangkan pelepasan oksida nitrogen dan oksida sulfur.
Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari ekzos kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia mula memasang pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan. Pemasangan pengubah beermangkin ini akan membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran bahanapi diubah sebelum ianya dilepaskan ke atmosfera.
Di samping penggunaan teknologi dan peralatan dalam pengawalan pencemaran udara, pihak kerajaan juga telah mengubal pelbagai undang-undang bagi mengawal pelepasan pencemaran udara. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti :
i) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978
ii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996
iii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996
Penentuan tahap pelepasan yang dibenarkan di dalam sesuatu peraturan biasanya mengambilkira dua prinsip utama iaitu :
• Standard yang dihad bagi mencapai tahap pengurangan yang dikehendaki dengan andaian teknologi bagi kawalan pelepasan ini akan wujud di masa akan datang, dan
• Mengambilkira teknologi sedia ada yang bersesuaian serta menentukan standard yang mana teknologi tersebut mampu lakukan.

2. Secara Individu
• Jimat Tenaga
Kurang Tenaga maka Kurang sumber (minyak, gas & arang batu) yang digunakan untuk menghasilkan tenaga.

• Menyelenggara Kenderaan (service/maintenance)
Kenderaan Baik -> Meminimakan pelepasan gas pencemar

• Guna Pengangkutan Awam
Kurang Kenderaan -> Kurang Pelepasan Gas Pencemar

• Amalkan Sikap Cinta Alam Sekitar
Tak melakukan pembakaran terbuka sesuka hati
Banyak menanam tumbuh-tumbuhan -> meneutralkan pencemaran